Terletak di Kampung Ketil, bersebelahan Sekolah kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan Perumahan Unit Pencegah Penyeludupan UPP dan sebelah kiri jalan lama Pengkalan Kubor menuju Kawasan Zon Perdagangan bebas Cukai Pengkalan Kubor dengan jarak 400 meter dar sempadan Malaysia-Tailand
Menyediakan segala kemudahan beribadat menunaikan solat lima waktu sehari semalam secara berjemaah mahupun individu dengan segala keselesaan yang terjamin.
Mengekalkan kebersihan sepanjang masa kepada pengunjung yang memahami kebesaran dan keredhaan Allah SWT Maha pencipta
'SAYANGILAH MASJID KITA'
MENCARI DIRI
masuk ke dalam rumahMu sewaktu senyap gelap subuh sunti bermunajat dalam kelazatan haruman aroma zikir taubah menyusup ruang kebesaran ketika aku kembali mencari diri mengelus insaf memeluk kejap
anuar musa pesisir,tumpat Kelantan
VISI
Masjid Al Huda mewakili Masjid Al Haram di Mekah
MISI
Masjid Al Huda menjadi masjid terbaik di negeri Kelantan menjelang 2010
PIAGAM PELANGGAN
1. Masjid Al Huda dimakmurkan setiap waktu. 2. Azan dikumandangkan tepat pada waktu solat. 3. Iqamah 10 minit selepas azan. 4. Sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. 5. Masjid sentiasa bersih sepanjang masa. 6. Sentiasa bersedia menguruskan hal-hal kebajikan masyarakat. 7. Masjid Al Huda sentiasa menjadi pusat keilmuan.
Bermula dengan sebuah surau di Kampung Ketil yang dibina daripada kayu secara bergotong royong dan pakatan keakraban seluruh anak mukim sebagai memulakan asas pembinaan kepada sebuah masjid. Sesudah surau terbina dengan pertambahan komuniti setempat maka kata putus dibuat untuk membina masjid dan seluruh anak mukim sekali lagi memulakan pakatan dengan menderma beras dan sama-sama memunggah pasir pantai tidak mengira lelaki dan perempuan bagi meletakkan batu asas dan seterusnya membina sebuah masjid yang dikenali sebagai Kampung Ketil dan siap pada tahun 1957. Masjid Kampung Ketil telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Tun Abd Razak Hussien, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1968.
IMAM PERTAMA
ALLAHYARHAM TN HJ OTHMAN HJ SENIK
IMAM KEDUA
Allahyarham Tn Hj Ramli Ismail
IMAM MUDA
Allahyarham Tn Hj Abdullah Ismail
AJK MASJID AL HUDA
PENGERUSI ABD RAZAK HUSSIN TIMBALAN PENGERUSI TN HJ ZAMAKHSARI MOHD TAIB NAIB PENGERUSI TN HJ YAACOB ISMAIL SETIAUSAHA TN HJ MOHAMED KADIR BENDAHARI TN HJ MAZLI ISMAIL
AHLI ABDULLAH OMAR TN HJ WAN IDRIS WAN HAMAT HUSSIN YUSOFF TN HJ IBRAHIM AWANG ISMAIL HUSSIN TN HJ YUSOFF MOHAMMAD TN HJ NIK MUSTAFFA NIK ABDULLAH MOHD HASHIM ABU HASSAN
PEMERIKSA KIRA-KIRA WAHAB HUSSIN TN HJ MOHD SAAD ABDULLAH
No comments:
Post a Comment